Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Sekolah

 

Kami staf SMJK Yu Hua, dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan usaha dan tenaga kami untuk menjalankan segala tugas dengan amanah, cekap, bijaksana dan bertanggungjawab bagi:

  1. Melahirkan murid yang fasih dan mahir dalam ketiga-tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina;
  2. Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum;
  3. membimbing murid untuk membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia serta insan yang cemerlang dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
  4. Menanam sikap kekitaan, bekerjasama, berbakti dan toleransi agar sayang dan bangga terhadap sekolah serta meninggikan imej sekolah;
  5. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk murid dari segi keceriaan, kebersihan dan kemudahan fizikal;
  6. Sentiasa melayan, membantu dan bekerjasama dengan ibubapa, tetamu dan masyarakat dengan penuh mesra, adil dan sopan.